Lokasi strategik jadikan Malaysia laluan transit dadah antarabangsa 

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 11:06 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lokasi strategik jadikan Malaysia laluan transit dadah antarabangsa 

PETALING JAYA: Kedudukan geografi strategik dan jaringan pengangkutan udara, darat serta maritim yang luas antara faktor menjadikan Malaysia sebagai ancaman dieksploitasi sebagai salah satu laluan transiti aktiviti penyeludupan serta pengedaran dadah antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, malah ia berpotensi dimanfaatkan oleh sindiket jenayah terancang bagi masuk dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan atau dihantar ke negara destinasi lain.

Katanya, perkara itu didedahkan berdasarkan hasil risikan dan tindakan penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus mempergiatkan risikan dan operasi penguatkuasaan terhadap keseluruhan rangkaian sindiket.

“Ia termasuk pembekal, pengatur pergerakan, pembiaya dan pengedar, selain memperkukuh kerjasama dengan agensi penguat kuasa antarabangsa serta kawalan di lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan darat bagi membendung aktiviti penyeludupan,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta menyatakan adakah Malaysia kini menjadi transit sindiket pengeluaran dan pengedaran dadah antarabangsa.

Saifuddin berkata, susulan beberapa insiden keselamatan di pintu masuk negara, Jemaah Menteri pada 19 Ogos lalu sudah meluluskan Memorandum Bersama (MJM) KDN-MOT.

Kata beliau, ia berhubung cadangan pelaksanaan Pelan Tindakan Penambahbaikan dan Mitigasi Keselamatan bagi Memperkukuh Kawalan Keselamatan serta Saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Pintu-Pintu Masuk Antarabangsa secara Berfasa.

“Pelan tindakan ini merangkumi 17 syor substantif yang dirangka berteraskan tiga teras keselamatan utama iaitu Keselamatan Penerbangan, Keselamatan Negara dan Sempadan, serta Keselamatan Fizikal dan Perlindungan.

“Pelaksanaannya dibahagikan secara berfasa merangkumi jangka pendek (0 hingga 6 bulan), jangka sederhana (6 hingga 24 bulan) dan jangka panjang (melebihi 24 bulan),” katanya. -UTUSAN

The post Lokasi strategik jadikan Malaysia laluan transit dadah antarabangsa  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved