Lokasi strategik, kemudahan logistik jadikan Malaysia pilihan transit dadah

12 Sep 2026 • 2:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lokasi strategik, kemudahan logistik jadikan Malaysia pilihan transit dadah

Kuala Lumpur – Kartel dadah menjadikan Malaysia sebagai laluan hub transit bahan terlarang itu kerana kedudukan negara ini terletak bergampiran Segi Tiga Emas antara Thailand, Myanmar dan Laos.

Kawasan Segi Tiga Emas wilayah pengeluaran dan pengedaran dadah utama di Asia Tenggara dan juga di dunia.

​Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain itu sindiket tempatan dan antarabangsa juga menyalahgunakan pasa lawatan sosial masukke negara ini untuk melakukan kegiatan haram tersebut.

Menurut beliau,  penjenayah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dalam aktiviti penyeludupn dan pengedaran dadah melalui laluan darat, udara dan juga air.

​”Sindiket dadah di negara ini sudah lama beroperasi disebabkan kedudukan geografi dekat dengan kawasan Segi Tiga Emas yang menjadi laluan utama pengedaran dadah di Asia dan juga benua lain.

​”Ekosistem yang cukup baik terutama jalan raya, rangkaian pengangkutan udara dan air dimanipulasi penjenayah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kejayaan polis membanteras sindiket pengedaran dadah besar-besaran baru-baru ini yang menunjukkan trend kartel dadah memilih Malaysia sebagai pusat memproses dan transit pengedaran dadah.

​Pada Rabu lalu, JSJN membongkar kegiatan makmal dadah di Puncak Alam, Selangor melibatkan rampasan dadah mencecah RM2.4 bilion.

Terdahulu, beberapa kes melibatkan warga Malaysia ditahan bersama dadah di lapangan terbang di luar negara, termasuk seorang wanita warga Malaysia ditahan pihak berkuasa India, selepas  membawa ganja seberat 15 kilogram (kg) di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGI), New Delhi.

Suspek menaiki penerbangan Batik Air OD205 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke New Delhi pada 4 September.

Pada Julai lepas, pegawai kedua syarikat penerbangan Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas membawa 15 paket mengandungi kira-kira 70,000 kapsul disyaki ekstasi dan methamphetamine, dengan berat keseluruhan kira-kira 25 kilogram (kg) serta dianggarkan bernilai RM45 juta.

 

The post Lokasi strategik, kemudahan logistik jadikan Malaysia pilihan transit dadah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved