Mat Sabu Cadang Semua Banduan Dapat Peluang Tahanan Rumah, Sedia Serah Gaji Untuk NGO Yang Perjuang Kesaksamaan

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 3:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Mat Sabu Cadang Semua Banduan Dapat Peluang Tahanan Rumah, Sedia Serah Gaji Untuk NGO Yang Perjuang Kesaksamaan

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu perintah tahanan rumah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini.

Mat Sabu Cadang Perintah Tahanan Rumah Diberi Kepada Semua Banduan

Terbaharu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mencadangkan agar kerajaan memberi peluang kepada semua banduan untuk menjalani separuh baki hukuman penjara menerusi perintah tahanan rumah.

Jelas Mohamad Sabu atau juga dikenali sebagai Mat Sabu, inisiatif itu adalah berdasarkan kepada mekanisme perundangan yang adil, telus serta terpakai secara sama rata.

Cadangan Perlu Diperjuang Oleh NGO, Sedia Serah Keseluruhan Gaji Sebagai Menteri Biayai Usaha Terbabit

Tambah Ahli Parlimen Kota Raja itu, cadangan tersebut perlu diperjuangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan setiap banduan mendapat layanan adil tanpa mengira kedudukan, pangkat, pengaruh politik dan latar belakang.

Apa yang menjadi perhatian adalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu turut menyatakan kesediaan untuk menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai menteri sehingga pembubaran parlimen penggal ini bagi membiayai usaha NGO yang berani menyahut cabaran.

“Atas semangat terbabit, saya mengharapkan NGO tampil menggerakkan usaha memperjuangkan satu mekanisme perundangan yang membolehkan banduan menjalani separuh daripada tempoh hukuman mereka di penjara dan separuh lagi tahanan di rumah.

“Ini untuk semua banduan berasaskan peraturan yang adil, telus dan terpakai secara saksama.

“Sebagai tanda komitmen terhadap perjuangan ini, saya akan menyerahkan sepenuhnya gaji saya berjumlah RM11,900 sebagai menteri sehingga pembubaran Parlimen penggal ini bagi membantu membiayai usaha NGO berkenaan yang akan menggerakkan perjuangan terbabit,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Seru NGO Perjuang Prinsip Kesaksamaan Hak Warganegara

Pada masa sama, Mat Sabu yang juga merupakan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) turut menyeru agar NGO termasuklah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Majlis Peguam, Persatuan Peguam Syarie serta pertubuhan masyarakat sivil agar tampil memperjuangkan prinsip kesaksamaan hak setiap warganegara dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, mekanisme perintah tahanan rumah tidak seharusnya memberi keistimewaan kepada individu tertentu.

Sebaliknya, ia perlu dilaksanakan mengikut prinsip kedaulatan undang-undang.

Tegas Mat Sabu, kenyataan itu bukan berpunca daripada sebarang pertikaian peribadinya dengan Najib atau anggota keluarga.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah atau pertikaian peribadi dengan Datuk Seri Najib Razak mahupun anggota keluarganya, tetapi saya ingin menegaskan bahawa keadilan dalam negara ini mesti ditegakkan secara saksama tanpa mengira kedudukan, pangkat, pengaruh politik mahupun latar belakang seseorang,” jelasnya.

Mat Sabu Jelas Undang-Undang Perlu Adil Kepada Semua

Tegas Mat Sabu yang turut mengaitkan pendiriannya dengan prinsip keadilan dalam Islam, tiada individu boleh dikecualikan daripada pelaksanaan undang-undang hanya kerana kedudukan atau hubungan kekeluargaan.

Jelasnya, prinsip Rukun Negara terutamanya Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaaan dan Kedaulatan Undang-Undang perlu menjadi asas untuk memastikan keadilan dilaksana tanpa diskriminasi.

“Undang-undang mesti adil kepada semua, Perlembagaan mesti dipertahankan untuk semua, keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu.

“Inilah asas perjuangan kita demi memelihara Perlembagaan Persekutuan, memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi negara dan menjamin keharmonian Malaysia,” jelasnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda yang dikeluarkan pada Jumaat (6 November) lalu dan menggantikannya dengan perintah yang baharu.

Perintah terbaharu itu yang berkuat serta merta selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd secara tahanan rumah di kediamannya yang terletak di Langgak Duta.

Najib diperintah menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 sebelum kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama untuk menjalani hukuman yang mengaitkan beliau dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Benarkan Najib Jalani Tahanan Rumah, Anthony Loke Letak Jawatan Serta-merta

Baca Artikel Berkaitan: Najib Telah Selesaikan Bayaran Denda RM50 Juta Untuk Jalani Perintah Tahanan Di Rumah – Peguam

Baca Artikel Berkaitan: Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved