Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat

LocalCars
9 Oct 2026 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat
Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman di sini menerusi satu video tular pada Jumaat.
Image from: Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat
Tular video yang memaparkan lori terbabit dipercayai dalam keadaan laju menuruni bukit sebelum merempuh beberapa kenderaan di lokasi kejadian.

SHAH ALAM - Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman di sini menerusi satu video tular pada Jumaat.

Menerusi hantaran satu rakaman tular memaklumkan kejadian terbabit berlaku dengan pantas ketika lori dipercayai dari arah Shah Alam itu meluru ke laluan bertentangan.

Selain itu, menerusi beberapa rakaman video tular turut memaparkan lori terbabit dipercayai dalam keadaan laju menuruni bukit sebelum merempuh beberapa kenderaan di lokasi kejadian.

**media[3673172]**

Bagaimanapun sehingga kini tidak dapat dipastikan jumlah kenderaan terlibat serta keadaan individu yang terbabit dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi kenyataan ringkas memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved