![Image from: [VIDEO] Apa yang kecoh di Damansara petang tadi?](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/kecoh-damansara-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Pengguna kenderaan gempar dengan bunyi siren panjang serta kehadiran pasukan anggota polis di laluan jalan di Damansara ke Sungai Buloh, sejak petang tadi.
Menerusi video tular di media sosial Thread, pengguna kenderaan yang melalui jalan tersebut berkongsi suasana kecoh di tempat kejadian.
Dalam video-video dikongsikan mereka, kelihatan sebuah kenderaan terbalik, manakala beberapa individu berlari di tengah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan.
Keadaan yang kecoh berlaku pada petang tadi berterusan hingga ke malam ini apabila pengguna turut berkongsi situasi di sekitar jalan berkenaan, selain mereka mendakwa berdepan kesesakan untuk pulang ke rumah.
“Kemas kini, jalan dari Bandar Seri Damansara nak ke Sungai Buloh tutup guys. Semoga selamat semua orang,” kata Umieyzamieyrx memuat naik video keadaan lalu lintas di kawasan tersebut.
Pada video dikongsikan wanita itu, kelihatan beberapa individu dipercayai pihak berkuasa memegang lampu suluh dan berjalan seperti mencari sesuatu di kawasan itu.
Sementara itu, orang ramai termasuk pengguna kenderaan yang melalui jalan tersebut berkongsi video masing-masing di ruangan komen berhubung situasi di sana.
“Patutlah, maghrib tadi sampai sekarang, tapi tak tahu kenapa. Nak busy body juga,” komen Fatehahhanim berkongsi video suasana di laluan berkenaan yang dipenuhi kenderaan pihak berkuasa.
Seorang pengguna Thread Yayaasherrr pula berkongsi video memperlihatkan ambulans melalui jalan tersebut sebentar tadi.
“Kemas kini guys, ambulans,” katanya.
Sehingga kini, pihak media masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian yang berlaku di lokasi tersebut. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Apa yang kecoh di Damansara petang tadi? appeared first on Kosmo Online.


![[KEMASKINI] Identiti dua wanita rentung dikenal pasti](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/rentung-kereta-terbakar-1024x768.jpeg)



