Pemandu maut, lori kontena terjunam 20 meter dalam gaung

31 Aug 2026 • 3:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu maut, lori kontena terjunam 20 meter dalam gaung

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas lori kontena yang dia pandu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Ladang Serasa di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa tersepit di dalam lori berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nurhidir Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.11 pagi sebelum tujuh anggota bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 9.58 pagi sebelum mendapati sebuah lori kontena berada dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter.

“Pasukan bomba mendapati pemandu lori tersepit di dalam kenderaan dan mangsa disahkan meninggal dunia.

“Anggota bertugas kemudian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dengan bantuan kren pihak swasta,” katanya.

Nurhidir memberitahu, mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat kira-kira pukul 12.29 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu maut, lori kontena terjunam 20 meter dalam gaung appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved