Lori Telur Terbalik, Pemilik Izinkan Kutip Telur

20 Feb 2025 • 8:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah lori telur yang membawa lebih 70,000 telur terbalik selepas dirempuh sebuah lori barangan sejuk beku di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas susur keluar Plaza Tol Chukai, kemaman semalam.

Susulan itu, ribuan papan telur tercampak di tepi jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Enggan keadaan bertambah teruk, pemilik syarikat telur dikatakan sanggup bersedekah kesemua telur itu kepada orang ramai yang melalui lebuh raya itu.

Kelindan lori, Mohd Izzat Izzudin, 25, berkata, llori yang dinaiki bersama rakannya terbabas ke kiri jalan dan terbalik selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dari arah belakang.

image is not available

"Kami bawa kira-kira 2,500 papan mengandungi kira-kira 78,000 biji telur ayam. Masih ada telur yang elok dan terdapat juga telur yang telah rosak.

“Pemilik syarikat telah mengizinkan telur ini diberikan kepada orang ramai bagi memastikan kawasan kemalangan ini dapat dibersihkan dengan segera dan mengelak pembaziran," katanya.

Mujur, pemandu dan kelindan lori telur itu tidak mengalamai kecederaan serius.