TDK merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran penyelesaian elektronik, berpusat di Tokyo, Jepun. Terbaru, hari ini TDK mengumumkan pengambil-alihan sebuah syarikat memfokuskan pembangunan kaca mata pintar dikuasakan kecerdasan buatan, iaitu SoftEye.

SoftEye sedia menawarkan penyelesaian pembangunan cip khusus untuk kaca mata pintar, selain pembangunan kamera, perisian dan algoritma untuk digunakan dalam kaca mata pintar. Dengan pengambil-alihan ini juga, ia sekaligus membolehkan TDK mengukuhkan kedudukan dalam penawaran penyelesaian elektronik, termasuk dalam pasaran kaca mata pintar.
Dengan perkembangan arena kaca mata pintar dan kecerdasan buatan, TDK menyasarkan mereka boleh menawarkan penyelesaian yang lebih diintegrasikan kepada pihak lain.
Harga pengambil-alihan tidak dinyatakan buat masa ini.
