Lovely Sabana terima banyak panggilan untuk membantu

LocalFamily & Parenting
17 Aug 2026 • 4:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lovely Sabana terima banyak panggilan untuk membantu

KOTA BHARU – Pelajar cemerlang, Lovely Sabana Augustine yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berterima kasih kepada semua pihak yang sanggup menyumbang komputer riba dan bantuan kewangan.

Menurut Lovely, dia menerima banyak panggilan daripada semua pihak termasuk Persatuan Penduduk Siam yang memberitahu akan menghulurkan bantuan sebelum 12 September ini.

Katanya, buat masa ini Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tampil untuk memberi komputer riba.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sanggup membantu saya sehingga membolehkan saya melanjutkan pengajian ke UPSI.

“Sudah ramai yang menghubungi meminta nombor akaun dan memaklum untuk memberi komputer riba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Lovely Sabana memberitahu, buat masa ini, dia tidak boleh memberi tumpuan membuat persiapan kerana sibuk dengan panggilan dari pelbagai pihak.

Lovely berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM dan kini menerima tawaran melanjutkan pengajian ke UPSI dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Moral dengan Kepujian.

Kosmo! sebelum ini melaporkan nasib pelajar cemerlang, Lovely Sabana yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian ke UPSI mendapat perhatian Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd.Kadir.- KOSMO! ONLINE

The post Lovely Sabana terima banyak panggilan untuk membantu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved