UPSI pertimbang Program Sulung bantu Lovely Suzana

17 Aug 2026 • 3:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UPSI pertimbang Program Sulung bantu Lovely Suzana

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil tindakan proaktif susulan isu keperluan bantuan membabitkan bakal pelajarnya, Lovely Suzana Augustine yang tular di media sosial.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr Norkhalid Salimin berkata, pihaknya telah menjalankan semakan serta mendapatkan maklumat secara langsung daripada bakal pelajar terbabit bagi memastikan bentuk bantuan yang diperlukan dikenal pasti dengan tepat.

“UPSI sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan bakal pelajar dan pelajar, khususnya mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Dalam kes Lovely, semakan mendapati dia sememangnya bakal pelajar UPSI dan telah mengambil langkah awal bagi memastikan keperluannya memulakan pengajian diberikan perhatian sewajarnya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, wanita yang merupakan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian di UPSI pada Sabtu lalu dan dijadualkan mendaftar pada 12 September ini.

“Hasil semakan mendapati Lovely berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan perkara itu turut diambil kira dalam pemantauan kebajikan bakal pelajar berkenaan.

“Pada masa ini, Lovely memaklumkan dia telah membuat persediaan untuk mendaftar serta mempunyai RM1,500 bagi tujuan pembayaran yuran berkaitan pendaftaran dan pengajian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post UPSI pertimbang Program Sulung bantu Lovely Suzana appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved