

Rapid KL mengesahkan letupan kecil yang melibatkan salah sebuah tren Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam pada 4 Julai lepas adalah berpunca daripada isu teknikal pada salah satu komponen tren yang bersentuhan dengan konduktor kuasa
Rapid KL berkata, susulan kejadian itu, tren berkenaan dikeluarkan serta-merta daripada perkhidmatan, manakala semua penumpang diturunkan di stesen berikutnya sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren lain.
"Tren tersebut kemudiannya dibawa ke depoh untuk menjalani pemeriksaan terperinci.
"Komponen tren yang mengalami isu teknikal itu telah diganti dan tren berkenaan dibenarkan kembali beroperasi selepas melalui pemeriksaan serta disahkan selamat untuk perkhidmatan," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, pemeriksaan dan pemantauan terhadap tren-tren lain turut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan," menurut kenyataan itu.





