Rapid KL sahkan isu teknikal punca insiden tren laluan Shah Alam

14 Jul 2026 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rapid KL sahkan isu teknikal punca insiden tren laluan Shah Alam
Operasi perkhidmatan di Laluan Shah Alam terus berjalan seperti biasa.

SHAH ALAM - Insiden sebuah tren di Stesen Stadium Shah Alam, Laluan Shah Alam pada 4 Julai lalu berpunca daripada isu teknikal salah satu komponen tren yang bersentuhan dengan konduktor kuasa, menyebabkan bunyi letupan kecil dan percikan api.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Rapid KL dalam satu kenyataan pada Selasa.

Rapid KL berkata, susulan kejadian tersebut, tren berkenaan telah dikeluarkan serta-merta daripada perkhidmatan.

"Semua penumpang telah diturunkan di stesen berikutnya dan meneruskan perjalanan menggunakan tren lain.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, manakala operasi perkhidmatan di Laluan Shah Alam terus berjalan seperti biasa.

"Tren tersebut kemudiannya dibawa ke depoh untuk menjalani pemeriksaan terperinci," katanya.

Tambah kenyataan tersebut, komponen tren yang mengalami isu teknikal telah diganti dan tren dibenarkan kembali beroperasi selepas melalui pemeriksaan serta disahkan selamat untuk perkhidmatan.

"Rapid KL sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang serta memandang serius insiden yang melibatkan operasi perkhidmatan.

"Pemeriksaan dan pemantauan terhadap tren-tren lain turut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan," ulasnya.

Penumpang disarankan merujuk pada laman media sosial Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE untuk status terkini perkhidmatan Laluan Shah Alam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved