LTdL 26: Ronan Auge dipantau rapi selepas nahas ngeri Peringkat 6

3 Oct 2026 • 4:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: LTdL 26: Ronan Auge dipantau rapi selepas nahas ngeri Peringkat 6

BATU PAHAT – Pelumba Unibet Rose Rockets, Ronan Auge kini dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur susulan kemalangan ngeri yang menimpanya pada Peringkat 6 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 dari Pandan Indah ke Rembau, semalam.

Pasukan berkenaan mengesahkan pelumba berusia 22 tahun dari Perancis itu berada dalam keadaan stabil, namun terpaksa diletakkan dalam pemantuan rapi pihak perubatan (induced coma).

Pengarah pasukan, Joram Grootveld berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan keadaan fizikal Auge benar-benar stabil sebelum sebarang prosedur rawatan lanjut dijalankan.

Menurutnya, doktor pasukan turut berada di sisi pakar pecut muda itu sejak detik kemalangan berlaku bagi mengikuti perkembangan kesihatannya secara berterusan.

“Kemalangan pada awal saingan itu berlaku dalam skala yang besar dan cukup teruk sehingga dia perlu dikejarkan ke hospital dengan kadar segera.  Pihak perubatan memutuskan untuk menidurkannya bagi memastikan keadaannya kekal stabil.

“Buat masa ini, semuanya menunjukkan petanda positif dan dia berada dalam jagaan yang sangat baik. Kami mengambil pendekatan selangkah demi selangkah dan terus menunggu perkembangan terkini daripada pasukan doktor yang sentiasa menemaninya,” katanya ketika ditemui media selepas tamat Peringkat 7 di Batu Pahat, hari ini.

Image from: LTdL 26: Ronan Auge dipantau rapi selepas nahas ngeri Peringkat 6
PENGARAH pasukan, Joram Grootveld mengesahkan keadaan Auge stabil.

Grootveld turut mendedahkan bahawa Auge mengalami beberapa kecederaan patah tulang susulan insiden berkenaan, namun keutamaan pasukan ketika ini adalah memastikan proses rawatan berjalan lancar.

“Dia sememangnya mengalami beberapa kecederaan patah tulang. Fokus kami sekarang adalah menempuh fasa ini peringkat demi peringkat dan melihat proses pemulihannya nanti,” jelasnya lagi.

Insiden itu merentap kemaraan Auge yang sebelum ini beraksi cemerlang dengan dua kali menduduki tempat keempat pada Peringkat 1 (Kampar) dan Peringkat 3 (Kuala Kangsar).

Sementara itu, Unibet Rose Rockets menerusi kenyataan rasmi di media sosial menzahirkan penghargaan terhadap tindakan pantas serta kepakaran barisan perubatan di Malaysia.

“Kami mengesahkan Ronan mengalami kecederaan serius akibat kemalangan tersebut, namun keadaannya kini stabil dan tidak mengancam nyawa. Pihak pasukan terus berhubung rapat dengan barisan perubatan di Malaysia selain memberikan sokongan penuh kepada Ronan dan keluarganya sepanjang tempoh rawatan ini,” menurut kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

The post LTdL 26: Ronan Auge dipantau rapi selepas nahas ngeri Peringkat 6 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved