LTdL kembalikan sistem 25 mata KOM

14 Aug 2026 • 11:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: LTdL kembalikan sistem 25 mata KOM

PETALING JAYA: Sistem mata bagi klasifikasi Raja Bukit (KOM) pada Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini mengalami perubahan apabila penganjur kembali menggunakan sistem 25 mata untuk pendakian kategori Hors.

Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, perubahan itu dibuat selepas sistem mata sebelum ini menggunakan peruntukan antara 23 hingga 25 mata bagi pendakian utama.

Menurutnya, Gunung Jerai kekal sebagai pendakian Kategori 1 dengan 15 mata, manakala pendakian di Cameron Highlands dan Genting Highlands akan menawarkan 25 mata.

“Jadi tahun ini kita kembali kepada 25 mata untuk pendakian Hors Class. Gunung Jerai masih lagi Kategori 1 dengan 15 mata, manakala Cameron dan Genting kita gunakan 25 mata.

“Selepas itu, ada lagi mata untuk kategori-kategori di bawahnya,” katanya.

Antara tumpuan utama ialah penamat peringkat kedua di Gunung Jerai, yang menjadi pendakian Kategori 1 dari Taiping sejauh 145.6km, sekali gus dijangka memisahkan kelompok pencabar awal.

Cabaran pendakian klasik Cameron Highlands dan Genting Highlands turut kembali selepas kali terakhir diperkenalkan pada edisi 2001 dan 2011, dengan laluan dari Tapah dijangka lebih mencabar.

Perlumbaan ke Genting Highlands akan menjadi ‘Queen Stage’ dengan pendakian kategori Hors, iaitu kategori tertinggi dalam perlumbaan berbasikal.

Emir berkata, perubahan sistem berkenaan bertujuan memastikan pelumba yang benar-benar mempunyai keupayaan mendaki menjadi pencabar utama bagi gelaran Raja Bukit.

Katanya, pelumba yang mahu muncul juara klasifikasi KOM perlu mengumpul mata maksimum di pendakian utama seperti Gunung Jerai, Cameron Highlands dan Genting Highlands.

“Kalau pelumba mahu menjadi Raja Bukit tahun ini, dia perlu benar-benar seorang pendaki tulen. Kalau dia mengutip mata di Gunung Jerai, Cameron dan Genting, bermakna dia boleh mengumpul mata penuh.

“Jadi, mata di pendakian pertengahan tidak banyak membantu sekiranya dia mahu menjadi Raja Bukit,” katanya.-UTUSAN

The post LTdL kembalikan sistem 25 mata KOM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved