LTdL26: Astana cemas Malucelli terjatuh ketika sesi latihan

26 Sep 2026 • 9:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: LTdL26: Astana cemas Malucelli terjatuh ketika sesi latihan

SHAH ALAM – Detik cemas melanda pasukan XDS Astana Team menjelang Peringkat 1 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) esok apabila pelumba sandaran, Matteo Malucelli terpaksa dirujuk ke hospital akibat terjatuh ketika sesi latihan.

Kemalangan di selekoh itu mengakibatkan pakar pecut dari Itali berkenaan mengalami kecederaan di bahagian tangan, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai peluangnya untuk meneruskan kayuhan sejauh 193 kilometer (km) ke Kampar esok.

Pengarah pasukan Astana, Peter Kennaugh mengesahkan Malucelli mengalami hentakan
yang agak kuat, namun pemeriksaan awal imbasan X (X-ray) di hospital mendapati
tiada sebarang tanda tulang patah.

“Dia terbabit kemalangan dan tergelincir ketika mengambil selekoh semasa latihan. Dia terhentak agak kuat pada bahagian tangan dan mengalami kesakitan di bahagian berkenaan.

“Hasil imbasan X-ray mendapati tiada tulang patah, namun doktor mahu dia berjumpa pakar untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang jika terdapat keretakan kecil yang tidak dikesan,” katanya.

Mengulas lanjut, Kennaugh mengakui peluang pelumba berusia 31 tahun itu untuk berada di garisan permulaan esok kini masih berstatus ’50-50′ bergantung kepada tahap kecederaannya.

“Saya harap dia boleh bermula esok. Saya perlu berjumpa dengannya selepas ini untuk melihat keadaannya dan berbincang dengan doktor pasukan sebelum kami membuat sebarang keputusan muktamad,” jelasnya.

Sekiranya Malucelli terpaksa diketepikan, Kennaugh meletakkan sandaran kepada pelumba Russia, Gleb Syritsa atau Aaron Gate untuk menggalas cabaran di laluan landai Peringkat 1 itu. -KOSMO! ONLINE

The post LTdL26: Astana cemas Malucelli terjatuh ketika sesi latihan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved