MA63 antara agenda utama lawatan dua hari PM ke Sabah bermula hari ini 

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 8:53 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MA63 antara agenda utama lawatan dua hari PM ke Sabah bermula hari ini 

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah bermula hari ini, dengan beberapa agenda utama termasuk Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bersama kepimpinan Sabah dan Sarawak.

Beliau dijadual mengadakan perjumpaan dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah pada pukul 6 petang, kemudian menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat MTPMA63 pada pukul 8 malam bertempat di Magellan Sutera Harbour.

Pada hari kedua, Perdana Menteri dijadual menghadiri Mesyuarat MTPMA63 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada pukul 8.30 pagi.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Agenda berkenaan dijangka menjadi antara tumpuan utama lawatan kerja Perdana Menteri ke Sabah, khususnya membabitkan pelaksanaan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Selesai mesyuarat, beliau dijadual menunaikan solat Zohor dan Jumaat di Masjid Jamek Kampung Likas.

Beliau seterusnya dijadual mengadakan sesi lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serba Guna Damai, Kota Kinabalu pada pukul 1.50 petang.

Lawatan terbabit memberi peluang kepada Anwar untuk meninjau keadaan mangsa yang ditempatkan di PPS berikutan kejadian kebakaran di Kampung Numbak sebelum bertolak pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Kunjungan kerja selama dua hari terbabit memperlihatkan tumpuan Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah, khususnya dalam agenda pelaksanaan MA63 selain menyantuni rakyat yang terjejas akibat bencana. – UTUSAN

The post MA63 antara agenda utama lawatan dua hari PM ke Sabah bermula hari ini  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved