“Maafkan Saya” – Isu Gelaran Diraja Ditarik Balik, Abang Pengiran Raabi’atul Adawiyyah Mohon Doakan Adiknya

8 Aug 2026 • 1:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Terdahulu, tular di media sosial gelaran diraja Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri yang disandang oleh Pengiran Raabi’atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah telah ditarik balik serta-merta atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei.

Susulan pengumuman itu, abang kepada Pengiran Raabi’atul Adawiyyah tampil memberikan maklum balas. Perkongsian itu dibuat selepas beliau menerima banyak persoalan mengenai situasi yang menimpa adiknya.

Beliau meluahkan rasa penghargaan kepada semua pihak yang prihatin, namun dia sendiri tidak mempunyai jawapan.

Jujur tidak tahu, mohon doakan kebaikan buat adiknya

Beliau turut menjelaskan bahawa dirinya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai isu berkenaan memandangkan mereka jarang bertemu akibat kesibukan tugas dan komitmen keluarga masing-masing.

pangeran

Meskipun dalam keadaan rumit, beliau memohon doa agar adiknya diberi kekuatan dan petunjuk terbaik bagi menghadapi ujian yang sedang berlaku.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa setiap individu mempunyai ujian masing-masing yang tidak diketahui oleh pihak luar.

Beliau memohon agar orang ramai tidak terus membuat andaian melulu atau menyebarkan khabar angin yang tidak pasti.

The post “Maafkan Saya” – Isu Gelaran Diraja Ditarik Balik, Abang Pengiran Raabi’atul Adawiyyah Mohon Doakan Adiknya appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved