Gelaran Isteri Putera Sultan Brunei Ditarik Balik Berkuat Kuasa Serta-Merta, Kelakuan Didakwa Cemarkan Nama Kerabat Diraja

8 Aug 2026 • 11:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Satu pengumuman rasmi yang mengejutkan ramai telah disiarkan menerusi siaran televisyen perdana di Brunei malam tadi. Keputusan tegas yang dibuat oleh pihak istana itu telah menarik perhatian seluruh rakyat serta netizen di media sosial.

BACA: Isteri Pengiran Muda Brunei Prince Abdul Malik, Qariah Terbaik Dunia

Memetik laporan Kosmo!, gelaran ‘Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri’ yang dikurniakan kepada Pengiran Raabi’atul Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah kini rasmi ditarik balik dengan berkuat kuasa serta-merta.

Sikap didakwa tidak menghormati Sultan dan kerabat

Untuk makluman, gelaran berkenaan merupakan rujukan kehormat diraja di Brunei yang khusus dikurniakan kepada isteri kepada putera Sultan.

View this post on Instagram

A post shared by RTB News (@rtbnews)

Penarikan balik gelaran kehormat tersebut dilakukan atas perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah sendiri.

menantu sultan brunei

Perkara berkenaan telah disampaikan secara rasmi oleh Pemangku Grand Chamberlain, Yang Mulia Pengiran Raffizanna Pengiran Razali.

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka Yang Mulia Pengiran Raffizanna Pengiran Razali, Pemangku Grand Chamberlain, memaklumkan bahawasanya gelaran “Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri” yang dikurniakan kepada Pengiran Raabi’atul Adawiyyah Pengiran Bolkiah iaitu isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ditarik balik dengan serta-merta.

Tindakan drastik berkenaan diambil susulan dakwaan mengenai kelakuan beliau yang dianggap tidak sesuai dengan statusnya sebagai pasangan Kerabat Diraja.

Ini disebabkan kelakuan-kelakuannya yang tidak melayakkan sebagai pasangan Kerabat Diraja serta mencemarkan nama baik dan tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Kerabat Diraja.

Pengumuman rasmi ini ternyata mengejutkan ramai pihak memandangkan ia melibatkan perhalusan tatatertib dan maruah institusi diraja Brunei.

The post Gelaran Isteri Putera Sultan Brunei Ditarik Balik Berkuat Kuasa Serta-Merta, Kelakuan Didakwa Cemarkan Nama Kerabat Diraja appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved