Mencemarkan nama baik kerabat: Sultan Brunei lucut gelaran isteri Pengiran Muda ‘Abdul Malik

8 Aug 2026 • 12:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Mencemarkan nama baik kerabat: Sultan Brunei lucut gelaran isteri Pengiran Muda ‘Abdul Malik

BANDAR SERI BEGAWAN – Gelaran 'Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri' kepada Pengiran Raabi'atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, ditarik balik serta-merta.

Pemangku Grand Chamberlain, Yang Mulia Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali memaklumkan perkhabaran itu pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Menerusi laporan RTB News, penarikan balik gelaran berkenaan disebabkan kelakuan-kelakuannya yang tidak melayakkan sebagai pasangan Kerabat Diraja dan mencemarkan nama baik serta tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Tambahnya, kelakuan berkenaan turut mencemarkan nama baik dan tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Kerabat Diraja. - 8 Ogos, 2026

The post Mencemarkan nama baik kerabat: Sultan Brunei lucut gelaran isteri Pengiran Muda ‘Abdul Malik appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved