Macam Dalam Filem Korea, Warga Kuching Teruja Lihat ‘Salji Luruh’ Di Astana Negeri

23 Apr 2023 • 10:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wow, salji di Kuching!

Macam Dalam Filem Korea, Warga Kuching Teruja Lihat ‘Salji Luruh’ Di Astana Negeri. Korang pernah dengar tentang kapas dari pokok kapuk? Tumbuhan ni macam salji, bila angin bertiup, dia akan terbang dan hanyut dalam udara.

Lepas tu, dia akan terkumpul dalam longgokan yang cantik dan menjadi bahan untuk menghasilkan kekabu pada bantal, tilam dan jaket keselamatan.

image is not available
Macam Dalam Filem Korea, Warga Kuching Teruja Lihat ‘Salji Luruh’ Di Astana Negeri. Kredit: Dayak Daily

Harganya mahal sehingga digelar raja pokok di Sarawak

Pokok kapuk ialah spesies pokok yang biasa ditemui di Sarawak, juga dikenali sebagai ‘Pokok Raja’ atau ‘Raja Pokok’. Ia boleh membesar sehingga 60 meter tinggi.

Bukan setakat cantik dan berguna je, ada yang kata setiap pokok kapuk kat Malaysia bernilai lebih satu juta ringgit! Tak caya? Boleh check kat internet.

image is not available

Satu lagi pokok kapuk terletak di Padang Merdeka, Kuching

Contohnya, pokok kapuk kat Padang Merdeka, Kuching yang berusia 80 tahun, dianggarkan bernilai lebih RM1 juta!

Menerusi laporan daripada Dayak Daily baru-baru, kapas-kapas daripada pokok kapuk ini dilihat gugur dan persis dalam drama Korea Winter Sonata! Difahamkan, pokok tersebut terletak di Jalan Astana Negeri, Kuching.

image is not available

Jadi, cepat-cepat ke Astana Negeri hari ini untuk melihat ‘salji’ dan mengambil beberapa gambar yang cantik untuk kenangan atau untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga.

Baca lagi artikel menarik: