Ramai Puji Hasil Video Perkahwinan Ini, Tampilkan 37 Photographer Di Majlis Sama

27 May 2025 • 6:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perkahwinan dengan pasangan pilihan hati merupakan majlis yang diadakan sekali seumur hidup dan menyimpan seribu kenangan.

Maka, pasangan pengantin sudah semestinya akan mendapatkan khidmat jurugambar dan juruvideo bagi merakam momen di salah satu hari terindah dalam hidup mereka.

Selalunya mereka akan mengupah seorang jurugambar bersama seorang juruvideo sahaja memandangkan harga bagi servis itu agak tinggi.

Namun lain pula bagi sepasang pengantin yang baru sahaja melangsungkan majlis pernikahan mereka kebelakangan ini.

37 Photographer Hadir Ke Kenduri Kahwin

Satu hantaran di Threads oleh pengguna @aizataziz_ memaparkan video perkahwinan pasangan pengantin terbabit yang sememangnya lain daripada yang lain.

Akan tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah terdapat bukan satu, bukan dua, tetapi 37 jurugambar yang hadir ke majlis tersebut!

“Minta maaf yang mana menikah 17 Mei, ramai tak ada jurugambar. Klien ni upah 37 orang jurugambar,” katanya.

Pengantin Lelaki Juga Seorang Photographer

Menonton video perkahwinan berkenaan, rupa-rupanya pengantin lelaki tersebut yang dikenali sebagai Maria juga merupakan seorang jurugambar.

“Kenapa shoot (rakam) aku ni? Aku photographer juga kot,” selorohnya di dalam video tersebut.

Di ruangan komen, seorang individu berkata kesemua jurugambar itu merupakan rakan-rakan pasangan pengantin yang turut bertugas sebagai groomsmen dan bridesmaids.

Ramai Puji Video Perkahwinan Sebagai Comel

Video yang dihasilkan itu telah menarik perhatian pengguna Threads yang membanjiri ruangan balas dan memujinya sebagai comel.

“Terus jadi filem pendek bila photographer bergabung,” kata salah seorang daripada mereka.

Ada juga yang berkata bahawa dia telah melihat video perkahwinan tersebut yang dimuat naik oleh tiga juruvideo berbeza.

Malah, seorang lagi pengguna Threads merasakan produk tersebut sebagai video perkahwinan paling menarik yang telah disaksikan olehnya sehingga menyifatkannya sebagai ‘pemenang video kahwin seantero Malaya’.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: Threads @aizataziz_

Kos Perkahwinan Di Malaysia Tertinggi Di ASEAN

Seperti yang dimaklumkan di awal artikel, kebanyakan pasangan pengantin pasti akan mendapatkan khidmat jurugambar dan juruvideo bagi merakam momen di sekitar perkahwinan mereka.

Kebiasaannya kos bagi jurugambar sahaja sudah mencecah lebih RM1,000 dan belum termasuk servis video.

Sebelum ini, Profesor Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata, kos kahwin di dalam negara adalah tertinggi dalam kalangan negara ASEAN lain.

Katanya, kos purata majlis perkahwinan antara RM50,000 hingga RM200,000 ini disebabkan oleh inflasi, peningkatan kos dewan dan katering, serta jangkaan masyarakat.

Sebagai perbandingan, kos perkahwinan di negara-negara jiran seperti Kemboja dan Filipina adalah lebih berpatutan, dengan purata sekitar RM71,000 dan RM22,800 masing-masing.

“Lebih membimbangkan, Jabatan Insolvensi Malaysia telah mengaitkan beban kewangan berkaitan perkahwinan dengan peningkatan kes muflis dalam kalangan anak muda Malaysia,” kata Dr Nik Maheran.