“Macam Kekasih!” – Pakai Pakaian Sedondon, Peminat Teruja Lihat Kim Woobin & Ahn Bohyun Keluar ‘Dating’ Bersama

29 Mar 2024 • 2:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ramai peminat yang dah lama mengetahui akan hubungan rapat diantara Ahn Bo-hyun dan Kim Woo-bin sejak bertahun-tahun yang lalu.

Pada 28 Mac, seorang peminat telah berkongsi pengalaman mereka terserempak dengan kedua-dua pelakon ini di Korea. Di mana, Ahn Bo-hyun dan Kim Woo-bin telah dilihat turut mengenakan pakaian yang sedondon.

Dalam video yang dikongsi di media sosial itu, pasangan tersebut telah dijumpai di luar sebuah kafe dan visual luar biasa kedua-dua mereka jelas terpancar dan tidak dapat disorokkan meskipun berada di tengah-tengah khalayak ramai.

Malah, Ahn Bo-hyun turut memuat naik gambar Kim Woo-bin di Instagram miliknya sambil menunjukkan jaket sedondon yang dipakai oleh mereka dengan kapsyen,

Bila saya berjumpa dengan dia, kami kelihatan seperti pasangan kekasih.

Selepas gambar itu dikongsi, rata-rata peminat telah memuji hubungan rapat diantara kedua-dua pelakon terkenal tersebut sehingga menyebabkan segelintir peminat menyatakan bahawa gambar tersebut kelihatan seperti gambar temu janji sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta.

Selain itu, peminat turut meluahkan rasa gembira mereka selepas melihat Ahn Bo-hyun dan Kim Woo-bin yang tanpa segan silu berinteraksi seperti orang biasa.

Memang betul-betul pasangan paling kacak kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.