‘Macam mana ada IC wanita lain dalam beg laki aku?’

Family & ParentingLifestyle
16 Oct 2026 • 12:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Macam mana ada IC wanita lain dalam beg laki aku?’

PETALING JAYA – “Kenapa IC dia ada dalam beg laki aku? Adakah laki aku penyamun atau laki aku dah samun hatimu?”

Itu persoalan seorang wanita selepas meminta bantuan pengguna Threads untuk mengesan pemilik kad pengenalan (MyKad) atau IC seorang wanita lain yang ditemuinya di dalam beg tangan suaminya.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu meminta orang ramai membantunya mencari individu berkenaan bagi merungkai persoalan bagaimana kad pengenalan tersebut boleh berada dalam simpanan suaminya.

Lebih mencuri perhatian, wanita berkenaan turut berseloroh dengan mengemukakan beberapa kemungkinan yang bermain di fikirannya, termasuk suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan individu terbabit.

“Cepat-cepat bagi lagi apa kemungkinan sebab aku nak standby (bersedia) dengan seribu satu alasan si kaki putar jap lagi,” tulisnya.

Menurut wanita itu, dia masih belum bertanyakan perkara tersebut kepada suaminya kerana lelaki berkenaan sedang tidur selepas pulang pada awal pagi.

Malah, dia mengakui sudah menjangkakan pelbagai alasan bakal diberikan suaminya berdasarkan perangai lelaki itu yang didakwanya gemar memutar belit cerita.

“Belum tanya dia tengah tidur, pagi tadi baru balik. Kalau tanya pun mesti akak kena tipu, dah tahu dah perangai dia ni.

“Melainkan dah special (istimewa) je, sanggup bagi benda penting macam ini, betul tak?” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang turut mengemukakan kemungkinan lain mengenai bagaimana kad pengenalan wanita itu boleh berada dalam beg suaminya.

Seorang pengguna @abgcaa, berseloroh bahawa kad pengenalan itu mungkin digunakan ketika pasangan berkenaan berurusan di pejabat agama.

“Mungkin dorang keluarkan IC masa nak register (daftar) sesuatu dekat pejabat agama,” tulisnya.

Sementara itu, pengguna @colek.perut mencadangkan wanita tersebut membawa kad pengenalan berkenaan ke balai polis.

“Kalau polis tanya kenapa tak tanya suami je, jawab je suami suka membohong. Takut dia buat part time ragut ke apa. Polis siasat, jumpa pemilik IC, noh bini baru rupanya,” tulisnya.

Bagaimanapun, seorang lagi pengguna menggunakan akaun @azwanze_sakinah, berkongsi kemungkinan berbeza berdasarkan pengalamannya sendiri apabila kad pengenalan boleh tertukar di kaunter.

“Maybe (mungkin) tertukar dekat kaunter masa isi minyak. Saya pernah alami situasi macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna Threads, Siti Fauziah Aziz turut meminta wanita berkenaan berkongsi perkembangan lanjut mengenai perkara tersebut.

“Kak. Petang nanti update (kemas kini) tau…jiwa netizen saya meronta-ronta nak tahu,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Macam mana ada IC wanita lain dalam beg laki aku?’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved