Anak kencing di hentian, pakai seluar dalam bas

16 Oct 2026 • 2:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak kencing di hentian, pakai seluar dalam bas

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita dipercayai etnik Rohingya mengenakan seluar pada anaknya di dalam sebuah bas selepas kanak-kanak itu membuang air kecil mengundang kemarahan orang ramai.

Menurut satu hantaran pengguna Threads, @sush1tz, dia mendakwa wanita berkenaan terlebih dahulu membiarkan anaknya membuang air kecil di sebuah hentian bas di Ampang Point tanpa dibasuh sebelum menaiki bas.

Pengguna tersebut turut mempersoalkan tindakan wanita berkenaan yang tidak menjaga kebersihan serta meminta pihak pengendali pengangkutan awam tersebut memberi perhatian terhadap kejadian itu.

Menjawab aduan tersebut, Rapid KL menerusi ruangan komen meminta pengguna berkenaan memberikan maklumat lanjut bagi membolehkan tindakan diambil.

“Salam hormat, boleh puan kongsikan nombor laluan bas atau nombor pendaftaran bas? Jika puan masih dalam bas boleh juga maklumkan kepada kapten bas untuk tindakan. Terima kasih,” komen Rapid KL

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang menggesa pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya bagi menjaga kebersihan pengangkutan awam.

“NGO kena buat kerja amal cuci. Hari ini Jumaat. Pergi cari mana-mana tempat yang sudah dikotorkan, pakat datang cuci. Dah alang-alang mereka sahaja yang terpaling kemanusiaan,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang didakwa berlaku itu.

“Aduhai, mereka ini memang tidak ada adab, tidak menjaga kebersihan dan tidak ada rasa malu. Asas dalam Islam bukankah kebersihan itu diutamakan?” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Anak kencing di hentian, pakai seluar dalam bas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved