‘Macam mana boleh jadi tentera kalau tidak tahu membaca?’

6 Nov 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Macam mana boleh jadi tentera kalau tidak tahu membaca?’

JAKARTA  – Seorang lelaki dipercayai anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) menjadi sensasi internet kerana dirakam tidak boleh membaca dan mengeja, lapor laman berita Pewarta Nusantara. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infonesiaku.id menunjukkan beberapa anggota tentera dipercayai komander mengajar lelaki terbabit untuk mengeja perkataan ‘kuda’ dari sebuah buku kanak-kanak. 

Selain tidak tahu mengeja, dia juga tidak boleh membaca perkataan tersebut. 

Sebuah hantaran di media sosial mendakwa lelaki berkenaan berjaya melepasi ujian kelayakan kemasukan TNI. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Macam mana boleh jadi tentera kalau tidak tahu mengeja?” kata seorang netizen. 

“Jadi tentera guna duit ‘tepi’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

The post ‘Macam mana boleh jadi tentera kalau tidak tahu membaca?’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved