Lelaki dicekup buat perlakuan jijik, tidak senonoh pada kucing

19 Oct 2026 • 5:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki dicekup buat perlakuan jijik, tidak senonoh pada kucing

PASIR PUTEH – Seorang lelaki dicekup selepas dipercayai melakukan perbuatan jijik dan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah rumah dekat sini sehingga video kejadian tersebut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob berkata, suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pagi tadi.

Katanya, semakan mendapati, lelaki itu memiliki rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan pecah rumah.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Pasir Puteh di sini untuk prosiding reman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan semula video berkenaan bagi mengelakkan penyebaran kandungan tidak wajar dan tidak menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 55 saat di media sosial memaparkan perbuatan jijik dan tidak senonoh yang dilakukan seorang lelaki terhadap seekor kucing. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki dicekup buat perlakuan jijik, tidak senonoh pada kucing appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved