“Macam Mana Info Peribadi Saya Awak Boleh Tahu?” – Fattah Amin Lawan Fitnah ‘Musang Berjanggut’

LocalEntertainment
27 Jul 2026 • 1:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa terkilan apabila terdapat pihak yang didakwa menyebarkan fitnah serta naratif tidak berasas berkaitan kehidupan peribadinya.

Menurut Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, beberapa perkara yang dibangkitkan oleh sebuah akaun media sosial bernama ‘Musang Berjanggut’ disifatkan sudah semakin melampau.

Advertisement

“Saya serius tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini telah awak cipta. Tapi rasanya naratif yang digunakan, fitnah yang diada-adakan ini dah semakin melampau,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fattah turut mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi melibatkan dirinya dan bekas isteri boleh diketahui oleh pihak luar.

Menurutnya, sebarang urusan antara pihak sekolah dan ibu bapa seharusnya kekal bersifat peribadi serta tidak wajar didedahkan kepada umum.

“Tentang yuran yang tertangguh, sila periksa dengan pihak sekolah Fatima sekarang tentang yuran tersebut. Nampak gaya awak seperti ada akses tentang semua personal yang melibatkan saya dan bekas isteri.

“Jadi bagaimana info-info dalaman seperti ini diketahui oleh awak?Bukankah ianya adalah P&C di antara pihak sekolah dan parents?,” soalnya.

Menerusi hantaran sama, Fattah turut mendakwa bahawa dia sudah lama membuat laporan terhadap akaun tersebut kepada pihak berkuasa.

Mucang berjanggut Image from: “Macam Mana Info Peribadi Saya Awak Boleh Tahu?” – Fattah Amin Lawan Fitnah ‘Musang Berjanggut’

Katanya, laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat susulan dakwaan akaun berkenaan telah menyebarkan pelbagai perkara tidak benar sejak sekian lama.

“Saya dah lama report akaun awak ini pada PDRM dan SKMM sebab dah bertahun-tahun awak wujudkan fitnah-fitnah ini. Selebihnya yang lain-lain saya tak nak komen sebab anda semua boleh menilai bahasa dan kata-kata akaun Musang ini,” ujarnya.

Fattah turut menyeru orang ramai supaya menggunakan saluran yang betul sekiranya menemui akaun yang didakwa menyebarkan kandungan berunsur fitnah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Macam Mana Info Peribadi Saya Awak Boleh Tahu?” – Fattah Amin Lawan Fitnah ‘Musang Berjanggut’2026-07-25 16:35:39

"Alhamdullilah, Nak Nangis Tengok" - Foto Fatima Aisya Bersama Kedua Orang Tuanya Curi Tumpuan Ramai

The post “Macam Mana Info Peribadi Saya Awak Boleh Tahu?” – Fattah Amin Lawan Fitnah ‘Musang Berjanggut’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved