"Macam Ni Ke Lawak T20?" - Ryzal Ibrahim Buat Konten Hina B40 Buat Netizen Panas

5 May 2023 • 11:30 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Antara 'content creator' yang mempunyai ramai pengikut sudah tentu pasangan terkenal iaitu Ryzal Ibrahim dan Mayram Younarae. Mula mendapat perhatian netizen apabila Ryzal yang mula berkongsi keletah isterinya yang berbangsa korea selatan berjaya menarik minat ramai.

Banyak video yang berjaya mencuit hati netizen, namun baru-baru ini video yang dimuatnaik Ryzal mencetus perdebatan antara netizen kerana video tersebut menyentuh taraf kehidupan rakyat Malaysia.

@ryzalibrhm

Episod 1 rutin kehidupan

♬ Di Luar Kemampuanku - Ukays

Tak pasti apa tujuan Ryzal memuatnaik video tersebut, namun jelas respon yang hadir di ruangan komen ramai yang berkecil hati. Dalam video tersebut, Ryzal berkongsi rutin kehidupannya dan melabelnya sebagai rutin kehidupan 'B40' yang ternyata tidak kena dengan apa yang dipaparkan.

Ryzal menunjukkan gaya hidup yang mewah. Namun respon dari Ryzal dia tetap mempertahankan videonya.

image is not available