Ryzal Duriankimchi Dilabel ‘Humblebragging’ Lepas Buat Video Rutin harian B40 Tapi Tayang Barang Mewah

Entertainment
5 May 2023 • 6:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seringkali terpalit dengan kontroversi nama Ryzal Ibrahim (Duriankimchi) sekali lagi menjadi perhatian dan kecaman netizen apabila dia memuat naik satu video yang membuatkan ramai netizen jadi kurang berkenan dengan kandungan video tersebut.

Dalam video itu Ryzal menamakan video tersebut sebagai “Rutin Kehidupan B40”, tetapi menunjukkan segala koleksi mewah yang dia miliki serta suasana rumahnya yang megah dan menunjukkan barang-barang yang dia beli di pasaraya, seperti air mineral yang harganya begitu mahal.

Di pengakhiran video, Ryzal dilihat membuang kedua-dua telefon bimbitnya.

Video yang asalnya dimuat naik di Twitter dan telah meraih hampir 2,000 jumlah retweets, sudah semestinya ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ada yang mengecam dengan sikapnya yang menayang kemewahan dan tidak kena dengan mesej video, namun begitu, ada juga yang anggap bahawa Ryzal sebenarnya ada mesej tersirat yang melambangkan sikap typical B40 yang suka tayang kemewahan di media sosial tetapi realitinya agak sulit dari segi kewangan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Apa pandangan korang? Korang rasa dia sengaja menayang atau ada maksudnya tersendiri?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.