“Macam Tak Sihat Je” – Buat Video Bukan-Bukan Di TikTok, Netizen Syak Hafidz Roshdi Ada Masalah Mental?

Entertainment
19 Feb 2023 • 3:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara memuat naik video menyanyi lagu patah hati di TikTok, pelakon Hafidz Roshdi dikecam netizen di media sosial gara-gara dianggap ‘terluka’ kerana kisah kecurangannya sendiri.

Dalam video tersebut, Hafidz dilihat bersungguh ‘lip sync’ lagu cinta dan menulis kapsyen ‘Entah la nak’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan Hafidz mempunyai masalah dan hanya inginkan perhatian semata-mata.

image is not available 18 jam lalu

"Saya Minta Maaf.." - Wanita Dedah Hafidz Roshdi Kembali Setelah 9 Tahun, Mengaku Bodoh Ganggu Rumah Tangga Orang

image is not available

Terdahulu, pelakon tersebut menjadi tumpuan warga maya setelah kisah kecurangannya bersama seorang wanita bernama Athira Yuhada tersebar di media sosial.

Wanita tersebut kemudiannya tampil memohon maaf akibat perbuatannya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Hafidz dan isteri, Shuhada.