“Mungkin saya tak penting” – Luahan Nabila Huda Di IG Buat Ramai Sebak

EntertainmentLifestyle
5 Nov 2025 • 3:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Luahan hati pelakon berbakat besar, Nabila Huda, di media sosial baru-baru ini membuatkan ramai tertanya-tanya kerana ia seolah-olah memberitahu yang dirinya dalam keadaan kecewa.

Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil, memuat naik satu hantaran di Instagram menyatakan dia sangat kecewa dan sudah lama memendam kemarahannya itu.

Artikel berkaitan: “Buku bertemu ruas, ramai sebenarnya dah jadi mangsa b*li & m*ki kau” – Nabila Huda

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Dalam perkongsian tersebut, Abil meluahkan rasa terkilan terhadap seseorang yang didakwa tidak berusaha memperbaiki hubungan kekeluargaan yang sudah lama retak.

Bagaimana kau hidup setiap hari tanpa memulihkan ‘kerosakan’ yang berlaku membabitkan darah daging sendiri.

Kau teruskan kehidupan seperti tiada apa yang hilang. Kau tak berusaha apapun. Langsung tak ada.

Bagaimana kau tidur dengan tenang setiap malam tanpa memikirkannya?Dan yang amat menyedihkan, mungkin aku langsung tidak penting buat kau,” luah Abil dalam hantarannya.

Kata-kata tersebut mencetus pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya bersimpati serta tertanya-tanya sama ada luahan itu berkaitan hubungan antara dia dan ahli keluarganya.

Rakan-rakan artis turut memenuhi ruangan komen dengan kata-kata semangat, mendoakan agar Abil diberikan kekuatan untuk melalui apa jua dugaan yang sedang dihadapinya.

image is not available

Sumber: Instagram 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.