Madu Miera Liyana Dakwa Dah Cuba Selamatkan Rumah Tangga Bersama Suami, Tapi Ini Sebabnya Tetap Bercerai

3 Aug 2023 • 11:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebentar tadi baru saja kami melaporkan yang suami kepada pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Adibah Mutalib hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menerusi satu video yang dikongsikan pihak hlive, madu kepada Miera Liyana ditemubual dan memberitahu dirinya sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

image is not available

Walau bagaimanapun, Rosland Othman dikatakan tetap berkeras dan mahu untuk berpisah dengannya.

Adibah juga berkata bahawa dia percaya pasti ada hikmah atas sesuatu benda yang berlaku dan akan digantikan dengan yang lebih baik di masa akan datang.

Soal anak, wanita itu memberitahu dia sama sekali tidak mempunyai masalah jika Rosland mahu berjumpa, bahkan mengalu-alukan lagi.

Untuk info, kemelut rumah tangga Adibah dan Rosland mula retak selepas lelaki itu berkahwin dengan pelakon muda, Miera Liyana. 

Bukan tu jer, Rosland juga dikatakan dalam jangka masa yang lama tidak pulang ke rumah dan tidak memberi nafkah kepada isteri pertama.

+ Baca respon pembaca dil Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved