Mafia korporat: Amanah kemuka lima tuntutan siasatan telus

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mafia korporat: Amanah kemuka lima tuntutan siasatan telus
Mujahid

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mengariskan lima tuntutan bagi memastikan siasatan dakwaan kewujudan mafia korporat dijalankan secara telus dan bebas.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, langkah itu penting supaya siasatan yang dijalankan mendapat keyakinan rakyat.

Beliau berkata, tuntutan pertama ialah terma rujukan pasukan petugas jawatankuasa khas perlu diumumkan dengan jelas termasuk skop, tempoh dan bidang kuasanya supaya rakyat memahami hala tuju siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mafia korporat: Rafizi dakwa Anwar kelirukan Dewan Rakyat

"Siasatan juga perlu dijalankan secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana individu atau agensi yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut.

"Setiap dakwaan mesti disiasat secara profesional, adil dan berlandaskan bukti tanpa menghukum mana-mana pihak sebelum proses undang-undang selesai," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Mujahid berkata, laporan penuh didedahkan kepada rakyat dalam tempoh tiga bulan yang ditetapkan, serta jelaskan dapatan siasatan, tindakan susulan dan pihak yang bertanggungjawab.

"Sekiranya terdapat bukti mencukupi, tindakan pendakwaan perlu diambil tanpa memilih bulu.

"Kelompangan undang-undang yang membuka ruang kepada manipulasi korporat juga perlu ditangani," tegasnya.

Tambah beliau, isu berkenaan bukan sekadar melibatkan beberapa individu sebaliknya menguji keupayaan institusi negara mempertahankan integriti dan kebebasannya daripada pengaruh kuasa ekonomi serta kepentingan tertentu.

"Amanah menyokong ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kebenaran ditegakkan dan tiada pihak dilindungi daripada tindakan undang-undang.

"Siasat tanpa takut, dedahkan kebenaran dan bertindak tanpa memilih bulu," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved