MAG terus guna khidmat Airbus selenggara pesawat A330neo

LocalBusiness & Finance
20 May 2025 • 2:42 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MAG terus guna khidmat Airbus selenggara pesawat A330neo

image is not available

20/05/2025 - 14:42

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 20 Mei - Malaysia Aviation Group (MAG) sekali lagi memilih perkhidmatan Flight Hour Services (FHS) Airbus untuk menguruskan penyelenggaraan pesawat A330neo terbaharu mereka.

Perjanjian jangka panjang berdasarkan model pembayaran mengikut jam penerbangan (power-by-the-hour) itu merangkumi perkhidmatan stok alat ganti di lokasi, akses kepada komponen simpanan, perkhidmatan pembaikan dan sokongan kejuruteraan daripada pakar Airbus.

Dengan kerjasama tersebut, Airbus akan membantu MAG dalam penyelenggaraan harian pesawat mereka.

Airbus FHS menyelenggara pesawat Malaysia Airlines termasuk model A330ceo dan A350 sejak 2017.

Ketua Perkhidmatan Komersial Airbus APAC, Balinda Zhang berkata, pihaknya menghargai kepercayaan MAG terhadap perkhidmatan syarikat.

"Kerjasama ini menunjukkan komitmen MAG terhadap kecemerlangan operasi," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, perkhidmatan FHS Airbus membantu syarikat penerbangan meningkatkan prestasi pesawat, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan melalui teknologi terkini.

Perjanjian berkenaan dijangka memastikan operasi pesawat A330neo MAG berjalan lancar dari awal penggunaan. - DagangNews.com

standard