
PETALING JAYA: Golongan mahasiswa perlu diberi ruang kebebasan untuk bersuara sepenuhnya tanpa menghalang sebarang kegiatan di mana-mana institusi pengajian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut dapat menjadikan institusi pengajian sebagai tempat percambahan pemikiran secara kritis.
Malah katanya, tindakan tersebut secara tidak langsung dapat memperkembangkan budaya keilmuan dalam kalangan mahasiswa.
“Kita perlu terima kenyataan bahawa mahasiswa perlu diberi kebebasan bersuara sepenuhnya. Mereka boleh mempertahankan hujah mereka.
“Akan tetapi kebebasan ini perlu menjadikan universiti sebagai medan pemikiran kritis dan segar, “katanya ketika berucap dalam Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 13 Pendidikan Masa Depan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Universiti Malaya di sini malam ini. – UTUSAN
The post Mahasiswa perlu bebas bersuara appeared first on Utusan Malaysia.






