Mahkamah Perintah Kubur Pelatih PALAPES UTM Digali Semula

Entertainment
26 Aug 2025 • 10:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin digali semula.

Menurut Kosmo, Allahyarham Syamsul Harris, 22, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor.

image is not available

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh selepas membenarkan permohonan ibu Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, selaku pemohon supaya kubur anaknya digali bagi bedah siasat kedua dilakukan.

Sebelum ini, berdasarkan notis usul yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ummu Haiman menamakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Ibu Pelatih PALAPES kemuka beberapa permohonan

Dalam permohonan itu, Ummu Haiman memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan satu post-mortem atau bedah siasat semula ke atas jasad anaknya dalam tempoh 14 hari selepas ia dikeluarkan.

Bedah siasat itu juga hendaklah dijalankan dengan kehadiran Pakar Forensik dan turut dihadiri peguam atau wakil daripada firma guaman Tetuan Naran Singh & Co.

Ummu Haiman juga memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik yang menjalankan bedah siasat mengeluarkan laporan dalam tempoh satu bulan dari tarikh ia dijalankan dan satu salinan laporan diberikan kepada peguamnya.

image is not available

Beliau juga memohon perintah yang mengarahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah untuk melantik satu pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengambil alih tugas seperti yang dilakukan di dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Dalam pada itu, Ummu Haiman juga memohon perintah bagi mengarahkan Peguam Negara menjalankan satu inkues bagi menyiasat punca kematian pelatih PALAPES berkenaan.

Ibu pelatih PALAPES berkenaan diwakili peguam Datuk Naran Singh semalam prosiding. Manakala Peguam Kanan Persekutuan, Nurul Huda Mohd. Salehuddin mewakili responden pertama dan responden kedua pula diwakili Pengarah Pendakwa Selangor, Datin Kalmizah Salleh.

Sumber: Kosmo!

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.