Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan larangan judi Kedah tidak berperlembagaan

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 11:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan larangan judi Kedah tidak berperlembagaan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan bahawa arahan Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen perniagaan bagi aktiviti perjudian adalah tidak berperlembagaan.

Ia selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu yang difailkan Kerajaan Negeri Kedah.

Dua hakim lain yang turut bersidang bersama-sama ialah Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin.

Panel terbabit memutuskan persoalan undang-undang yang dibangkitkan tidak memenuhi ambang keperluan yang ditetapkan (threshold requirement) di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Dengan itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kedah yang sebelum ini mengisytiharkan arahan berkenaan sebagai tidak berperlembagaan kekal berkuat kuasa.-UTUSAN

The post Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan larangan judi Kedah tidak berperlembagaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved