Mahu Jumpa Khairul Aming Di Rembayung, Cubaan Pempengaruh Gagal

24 Dec 2025 • 12:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga penganjur popular Kak Nab Food Festival, yang didakwa dihalau keluar dari Restoran Rembayung baru-baru ini.

Khairul Aming sibuk buat food review

Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang bersimpati, ada pula yang menyokong tindakan pengurusan premis.

Dalam video yang tular di TikTok, Kak Nab dilihat berdiri di hadapan restoran sambil menyatakan bahawa dia datang dari jauh dan sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan pemilik restoran, Khairul Aming.

image is not available

Namun, sebaik tiba, dia mendakwa sempat melihat Khairul Aming berada di dalam restoran. Tidak lama kemudian, seorang lelaki berbaju biru gelap menegurnya dan memaklumkan bahawa Khairul Aming sedang melakukan sesi ‘Food Review’ pada ketika itu.

Artikel lain: Netizen Seberang Harap Khairul Aming Disaman, Dakwa Reka Bentuk Rembayung Tiru Restoran Di Indonesia

Reaksi warganet pula kebanyakannya menegaskan bahawa jarak perjalanan yang jauh atau hasrat bertemu pemilik restoran bukan alasan untuk melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Beberapa netizen turut mempersoalkan penggunaan naratif emosi dalam situasi tersebut, menyifatkannya sebagai salah satu cara untuk menarik simpati dan sokongan awam.

image is not available

Dalam masa sama, ramai yang mengingatkan prinsip asas interaksi sosial ini iaitu apabila seseorang menganjurkan acara atau memiliki premis sendiri, mereka berhak menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi tetamu.

Justeru, menghormati peraturan ketika berada di premis orang lain adalah satu norma yang wajar diikuti, tidak kira seberapa terkenal atau berpengaruh seseorang itu.

Nak masuk tempat orang minta izin dulu

image is not available

Kenapa rasa macam malu sangat

image is not available

Tak perlu nak ride the hype

image is not available

Sumber: TikTok @nabilahbahrin._

The post Mahu Jumpa Khairul Aming Di Rembayung, Cubaan Pempengaruh Gagal appeared first on Borak Daily.