Mahu kahwin dengan ahli politik? Rafizi titip pesanan -“Nasihat pakcik, lupakan sahaja”

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 3:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hantaran seorang pengguna media sosial yang berseloroh mahu berkahwin dengan ahli politik kerana menyifatkan kehidupan mereka sebagai terlihat mudah ternyata menarik perhatian bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

POV dari seorang ahli politik

Menerusi perkongsian di platform Thread Rafizi tampil memberikan pandangan dari sudut kehidupan seorang ahli politik, selain mengingatkan bahawa golongan terbabit hadir dengan pelbagai karakter dan cabaran tersendiri.

Menurutnya, terdapat ahli politik yang tidak mengambil rasuah sehingga kehidupan mereka mungkin tidak semewah seperti yang disangka, selain ada yang sering keluar pada waktu malam atas tuntutan tertentu.

“Hati-hati, ahli politik  ada banyak jenis:
Tak ambil rasuah -Jadi, hidup kau miskin dik, tak ada duit sentiasa si suami tu
Selalu keluar malam -kalau isteri jenis insecure, tak tidur malam dik asyik fikir apa la si suami buat 
Takut kena tangkap -Kalau si suami laju dengan duit rakyat, asyik bimbang kena tangkap
Ada slot 4 kenapa perlu 1 – hahaha ada yang jenis macam ni, isteri bimbang suami nak tambah ‘slot’
“Nasihat pak cik: lupakan saja,” tulis Rafizi berseloroh.

Image from: Mahu kahwin dengan ahli politik? Rafizi titip pesanan -“Nasihat pakcik, lupakan sahaja”

Dalam nada berseloroh, Rafizi turut menyentuh beberapa situasi yang mungkin dihadapi pasangan kepada ahli politik, termasuk kebimbangan mengenai kesibukan pasangan, kehidupan berumah tangga serta risiko berkaitan penyalahgunaan wang rakyat.

Perkongsian berkenaan turut mengundang perhatian pengguna media sosial yang melihat respon Rafizi sebagai sindiran bersahaja terhadap tanggapan bahawa kehidupan ahli politik sentiasa mudah dan selesa.

Sumber: Thread kitapwincesssss, rafiziramli

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved