Wanita Luah Hasrat Kahwini Ahli Politik, Rafizi Ramli Bagi ‘Nasihat’ Percuma – “Ada Slot 4 Bini, Beg Selalu Kepit Bawah Ketiak”

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 4:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menasihatkan seorang pengguna Threads supaya tidak hanya melihat kehidupan ahli politik yang kelihatan senang sebelum membuat keputusan untuk menjadikan golongan itu sebagai pasangan hidup.

Nasihat tersebut diberikan selepas seorang pengguna menggunakan akaun @kitapwincessss meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan ahli politik kerana menyifatkan kehidupan mereka sebagai lebih mudah.

Advertisement

Rafizi ramli

“I (saya) rasa nak kahwin dengan politician (ahli politik) la sebab hidup macam senang je,” katanya.

Membalas hantaran berkenaan, Rafizi berkata terdapat pelbagai jenis ahli politik dan setiap satunya mempunyai cabaran tersendiri yang mungkin turut memberi kesan kepada pasangan.

“Hati-hati ahli politik ada banyak jenis. Pertama, tak ambil rasuah, jadi hidup kau miskin dik, tak ada duit sentiasa si suami tu.

“Kedua, selalu keluar malam. Kalau isteri jenis insecure (kurang percaya), tak tidur malam dik fikir apa la si suami buat. Ketiga, takut kena tangkap (sebab) kalau si suami ‘laju’ dengan duit rakyat, bimbang kena tangkap.

“Keempat, ada slot empat (isteri) kenapa perlu satu. Yang jenis macam ini isteri bimbang suami nak tambah ‘slot’,” selorohnya.

Dalam nada berseloroh, Rafizi turut memberikan tip kepada pengguna berkenaan sekiranya benar-benar mahu mencari pasangan daripada kelompok ahli politik.

View this post on Instagram

“Tips, cuba dekati yang dalam sayap-sayap Pemuda, pergi mana-mana ada beg kepit bawah ketiak,” pesannya.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan mengenai risiko yang mungkin berlaku sekiranya parti politik yang disertai pasangan berkenaan tewas dalam pilihan raya.

“Risiko, kalau parti dia kalah, dia dah miskin merana kau dik,” katanya.

Perkongsian tersebut secara keseluruhannya menekankan bahawa kehidupan seorang ahli politik tidak semestinya semudah yang dilihat dari luar, malah pasangan juga perlu bersedia dengan pelbagai cabaran dan risiko.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Wanita Luah Hasrat Kahwini Ahli Politik, Rafizi Ramli Bagi ‘Nasihat’ Percuma – “Ada Slot 4 Bini, Beg Selalu Kepit Bawah Ketiak”2026-09-08 15:50:35

Data Pelanggan Misi Rakyat Didakwa Bocor, Lebih 300,000 Pengguna Dikatakan Terjejas

The post Wanita Luah Hasrat Kahwini Ahli Politik, Rafizi Ramli Bagi ‘Nasihat’ Percuma – “Ada Slot 4 Bini, Beg Selalu Kepit Bawah Ketiak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved