Mahu LPBS diberi lebih kuasa pantau bekalan beras

LocalPolitics
12 Jul 2026 • 11:27 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Mahu LPBS diberi lebih kuasa pantau bekalan beras

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah meminta Kerajaan Pusat memberikan bidang kuasa lebih besar kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) dalam pemantauan bekalan beras di Sabah.

Membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat beliau berkata ia penting bagi memastikan sebarang isu berkaitan bekalan beras di wilayah ini dapat dikenal pasti dan ditangani.

Selain itu katanya LPBS perlu diberi peranan lebih signifikan sebagai rakan strategik Kerajaan Persekutuan khususnya dalam pemantauan bekalan beras, pengumpulan data stok dan penguatkuasaan bersama yang pada masa sama harus meliputi aspek perancangan keselamatan makanan negeri serta penyelarasan pengagihan bekalan ketika berlaku krisis.

“Pendekatan ini bukan untuk mengambil alih kuasa Persekutuan tetapi bagi memperkukuhkan kerjasama demi kepentingan rakyat Sabah.

“Oleh itu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Persekutuan perlu berganding bahu dan menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Sambil menyifatkan langkah Kerajaan Sabah menubuhkan LPBS sebagai berpandangan jauh, Matbali turut membangkitkan tiga persoalan penting untuk ditangani Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkaitan isu padi dan beras di Sabah.

Pertama katanya kaji semula had subsidi pesawah di Sabah yang masih dihadkan kepada enam ekar sedangkan struktur pengusahaan, keluasan tanah dan kos pengeluaran di Sabah jauh berbeza daripada Semenanjung.

“Kedua, kita meminta jaminan bahawa kuota 25,000 tan metrik beras sebulan untuk Sabah akan dipenuhi secara konsisten tanpa sebarang kekurangan atau kelewatan.

“Ketiga, adakah kerajaan bersedia mewujudkan Stok Penimbal Beras Sabah serta memberikan peranan lebih besar kepada LPBS dalam pemantauan bekalan, pengurusan stok dan perancangan keselamatan makanan negeri?,” katanya.

Mengulas RUU tersebut Matbali menyifatkannya sebagai benteng baharu dalam memperkukuh sistem bekalan makanan negara menerusi pemantauan, penguatkuasaan, membanteras manipulasi serta kegiatan kartel.

“Lebih penting ia mengembalikan keyakinan rakyat bahawa kerajaan tidak membiarkan makanan ruji mereka terus diperdagangkan sesuka hati oleh golongan tidak bertanggungjawab,” tegasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved