Mahu The Ladies terkenal seperti Masters

25 Aug 2026 • 12:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mahu The Ladies terkenal seperti Masters

 

KUALA LUMPUR – Saingan Kejohanan Golf Wanita The Ladies 2026 kembali lagi dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 yang bakal berlangsung di Kelab Golf The Mines di sini selama tiga hari bermula 1 Oktober depan.

Pengasas Kelab Golf The Mines, Tan Sri Lee Kim Yew berkata, menjadi visinya untuk menjadikan kejohanan itu sangat terkenal di timur sebagaimana Masters di barat.

“Kami berharap suatu hari nanti sebagaimana Masters di barat, ada kejohanan yang sangat terkenal di timur, dari Malaysia, bernama The Ladies. Itulah visi kami.

“Kita mahu memberi lebih banyak peluang kepada pemain golf wanita Malaysia beraksi secara kompetitif, selain membina kejohanan tempatan yang mampu mendapat pengiktirafan di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya.

Berliau berkata demikian pada sidang media selepas The Mines menganjurkan saingan pro-am membabitkan lebih 70 pemain pemain profesional serta amatur sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-71 Sabtu lalu. 

Image from: Mahu The Ladies terkenal seperti Masters
Pemain profesional dan amatur bergambar kenangan sebelum memulakan pukulan pada aksi pemanas badan di The Mines Sabtu lalu.

Hadir sama Presiden Persatuan Golf Malaysia, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Pengurus Besar Profesional Golf Malaysia, Nik Mustapha Nik Mohamed.

Menurut Kim Yew, matlamat The Ladies bukan sekadar menganjurkan kejohanan tahunan, sebaliknya membina sebuah pertandingan golf wanita berprestij yang berasal dari Malaysia dan mampu berkembang sehingga dikenali di peringkat dunia.

Kejohanan itu mencerminkan komitmen penganjur dalam menyokong pembangunan golf profesional wanita di negara ini.

The Mines mempunyai sejarah tersendiri dalam golf wanita apabila venue itu menjadi tuan rumah saingan Piala Dunia Golf Wanita pada 2000 yang menghimpunkan pemain golf wanita terbaik dunia.

Selepas 25 tahun, ia kembali memberi tumpuan kepada golf wanita menerusi penganjuran edisi sulung The Ladies pada 2025, khusus untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada pemain tempatan.

Edisi sulung The Ladies tahun lalu menyaksikan Liyana Durisic mencipta sejarah sebagai juara pertama selepas menamatkan saingan 54 lubang dengan catatan dua bawah par.

Image from: Mahu The Ladies terkenal seperti Masters
Liyana Durisic

Jocelyn Chee muncul naib juara, manakala Ng Jing Xuen menduduki tempat ketiga.

The post Mahu The Ladies terkenal seperti Masters appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved