Main mercun tengah jalan, polis buka siasatan buru individu terlibat

10 Nov 2026 • 10:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Main mercun tengah jalan, polis buka siasatan buru individu terlibat
Tangkap layar vidoe tular memaparkan sekumpulan individu bermain mercun di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.

IPOH – Polis menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan individu bermain mercun di tengah jalan raya di Jalan Kuala Kangsar di sini kerana didapati membahayakan keselamatan orang awam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kita akan menyiasat siapa yang terlibat dan perkara-perkara berkaitan.

"Ini termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Selasa.

Beliau berkata, polis memandang serius kejadian berkenaan kerana tindakan bermain mercun di jalan raya boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Sambutan perayaan perlu dilakukan di tempat yang tidak mengganggu pengguna jalan raya atau masyarakat umum," katanya.

Video kejadian yang tular sejak Isnin itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai susulan tindakan individu terbabit bermain mercun di kawasan jalan raya yang turut digunakan pengguna lain.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan tersebut kerana disifatkan tidak bertanggungjawab dan berpotensi mengundang bahaya kepada orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved