MAIS Himpun Titah Sultan Selangor Sepanjang 25 Tahun Pemerintahan Dalam Buku Khas

22 Oct 2026 • 11:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MAIS Himpun Titah Sultan Selangor Sepanjang 25 Tahun Pemerintahan Dalam Buku Khas

Penerbitan Buku Koleksi Terpilih Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor Berkaitan Hal Ehwal Islam menjadi antara usaha mendokumentasikan amanat dan panduan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sepanjang 25 tahun pemerintahan Baginda.

Image from: MAIS Himpun Titah Sultan Selangor Sepanjang 25 Tahun Pemerintahan Dalam Buku Khas
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin ketika ditemui Siakap Keli di sini, malam ini. FOTO: Haziq Hakimi/ SK

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, buku berkenaan menghimpunkan titah ucapan Baginda berkaitan hal ehwal Islam ketika merasmikan pelbagai majlis, termasuk perasmian masjid dan forum keagamaan.

Menurut beliau, koleksi itu merangkumi pelbagai perkara yang ditekankan Baginda kepada umat Islam, khususnya berkaitan amanah, integriti serta tanggungjawab institusi agama dalam menjaga kemaslahatan masyarakat Islam.

“Titah-titah ini berkaitan apa sahaja yang Tuanku sampaikan kepada umat Islam dan masyarakat, termasuk perkara yang perlu dilaksanakan, terutamanya berkaitan amanah, integriti dan tanggungjawab institusi agama dalam menjaga kemaslahatan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Siakap Keli pada Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan 25 Tahun DYMM Sultan Selangor anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam, malam ini.

Jelasnya, penerbitan buku itu juga boleh dimanfaatkan sebagai bahan rujukan oleh institusi pengajian tinggi dan penyelidik yang ingin menjalankan kajian berkaitan hal ehwal Islam di Selangor.

Ujarnya, usaha menghimpunkan titah ucapan tersebut merupakan satu pencapaian bermakna MAIS, selain menjadi sebahagian daripada usaha menghargai 25 tahun pemerintahan Sultan Selangor.

Baca juga:

Katanya, koleksi itu diharapkan dapat memastikan amanat dan panduan Baginda terus dirujuk serta dimanfaatkan oleh masyarakat dan generasi akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved