Majlis Ilmu MADANI: PM Anwar Tekankan Kepentingan Kefahaman Agama

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 11:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Majlis Ilmu MADANI: PM Anwar Tekankan Kepentingan Kefahaman Agama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kunjungan tokoh pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara, sempena Majlis Ilmu MADANI di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata, penganjuran majlis ilmu bersama tokoh seperti Ustaz Abdul Somad penting dalam menyuburkan kefahaman agama, selain menerapkan nilai ilmu dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, ilmu berperanan menerangi pemikiran, menjernihkan hati serta membimbing amalan berlandaskan tradisi akliah yang berteraskan ilmu akidah.

Dalam satu kenyataan di Facebook malam ini, beliau berkata, Ustaz Abdul Somad menerusi tausiahnya menyentuh tema perpaduan dalam kepelbagaian budaya dan agama dengan mengambil iktibar daripada kehidupan Rasulullah SAW.

Jelasnya, penyampaian yang menghubungkan khazanah ilmu turath dengan kehidupan seharian membolehkan persoalan agama difahami dengan lebih dekat oleh masyarakat.

“Pada bicaranya, khazanah turath menemukan bahasa kehidupan, persoalan agama menjadi hampir dengan denyut keseharian, sehingga orang ramai dapat menimba makna daripada telaga ilmu yang dalam,” katanya.

Anwar turut mendoakan agar Allah SWT terus memelihara hikmah Ustaz Abdul Somad dalam lapangan dakwah serta mengurniakan kebijaksanaan kepadanya.

Baca juga:

Beliau berkata, usaha menyampaikan ilmu agama diharap dapat terus mendekatkan masyarakat kepada kefahaman yang mendalam serta membimbing kehidupan berlandaskan nilai-nilai Islam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved