Majlis tahlil Tun Hasmah satukan pemimpin politik

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 5:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Majlis tahlil Tun Hasmah satukan pemimpin politik

PETALING JAYA: Pemergian Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyatukan pemimpin politik daripada pelbagai parti ketika majlis tahlil di kediaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, malam tadi.

Antara yang hadir ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Presiden Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan bekas Menteri UMNO, Khairy Jamaluddin.

Turut hadir, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan agamawan, Bashir Mohamed Al-Azharu.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik pemimpin politik, mereka dilihat mengenepikan perbezaan fahaman politik seketika untuk bersama-sama menghadiri majlis berkenaan dan menyantuni keluarga Allahyarham.

Mereka dilihat berbual, makan semeja, dan berpelukan tanpa mengira perbezaan latar politik masing-masing.

Kehadiran mereka turut disambut mesra oleh anak Allahyarham yang juga Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Majlis berkenaan diadakan selepas solat Isyak sebagai tanda penghormatan dan bagi mendoakan Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 100 tahun pada 28 September lalu.

Allahyarham kemudian dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya dengan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara sebagai penghormatan terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada negara. – UTUSAN

The post Majlis tahlil Tun Hasmah satukan pemimpin politik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved