
PETALING JAYA – Seorang anak cemas apabila ibunya didakwa tidak sedarkan diri di rumah dan dia terus menelefon ambulans untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, sebaik petugas kesihatan tiba, ibunya hanyalah berpura-pura tidak sedarkan diri kerana merajuk dengan anaknya.
Kisah ini diceritakan pengguna Thread Baljembali yang juga seorang doktor perubatan sekali gus mendapat pelbagai maklum balas orang ramai apabila mereka mengecam wanita berkenaan.
“Jadi macam mana ni? Telefon ambulans sebab mak tak sedar diri kat rumah. Bila MA (pembantu perubatan) sampai dengan ambulans, mak elok-elok ja sedar.
“Rupa-rupanya tadi mak buat-buat tak sedar sebab merajuk dengan anak sendiri. Jadi diesel ambulans yang membazir datang rumah kau ni, siapa nak bayar? Lain kali hantar lori Perhilitan je lah datang,” katanya.
Orang ramai turut marah dengan perbuatan tersebut kerana bukan hanya menyusahkan petugas kesihatan, bahkan pesakit yang lebih memerlukan.
“Sebagai orang yang hilang mak sebab ambulans tak cukup nak ambil cepat sampai mak mak cik pergi dulu, walaupun kami bergilir buat CPR waktu tu. Mak cik doakan mak tu betul-betul tak sedar dah lepas ni. Menyusahkan orang,” komen pengguna Thread Makcik Ecah.
“Geramnya, suruh bayar macam kat Amerika karang. Ambil mudah rakyat Malaysia ni bila dapat semua percuma. Tu semua ditanggung cukai tau,” komen Officialhanis.
“Jangan lepas ni betul-betul rebah, orang tak percaya dah. Tahu tahu dah keras seorang. Nak drama pun jangan sampai menyusahkan orang,” kata Nzsyhm. – KOSMO! ONLINE
The post Mak merajuk buat-buat tak sedar, anak panggil ambulans appeared first on Kosmo Online.


