Makan Kek Lapis Macam Makan Sandwich, Mat Salleh Ini Cuba Kek Lapis Sarawak Buat Kali Pertama

15 Apr 2023 • 1:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selamba je makan kek lapis macam makan sandwich!

Makan Kek Lapis Macam Makan Sandwich, Mat Salleh Ini Cuba Kek Lapis Sarawak Buat Kali Pertama. Kalau ke Bumi Kenyalang, Kek Lapis Sarawak merupakan hidangan wajib dicuba oleh pengunjung luar. Hidangan ikonik negeri Sarawak ini bukan sahaja enak dimakan, malah ianya juga amat terkenal dijadikan sebagai buah tangan untuk dibawa balik oleh pengunjung luar.

Baru-baru ini, terdapat sebuah video di TikTok di mana dua pasangan pelancong dari luar negara berkongsi pengalaman mereka menikmati kek lapis Sarawak buat pertama kali.

image is not available
Makan Kek Lapis Macam Makan Sandwich, Mat Salleh Ini Cuba Kek Lapis Sarawak Buat Kali Pertama. Gambar tangkap layar dari TikTok veggiesontour

Cara makan kek lapis tarik perhatian ramai

Apa yang menarik perhatian di dalam video berkenaan adalah cara pelancong luar negara ini makan kek lapis tersebut. Mat Salleh berkenaan dengan selambanya memakan kek lapis berkenaan macam makan sandwich!

Kek lapis perisa Mango and Cheese yang dibeli mereka di kedai Kek Lapis Mamasu, Kuching itu dikatakan sedap dan mereka suka rasa gabungan buah-buahan dan keju pada kek tersebut.

Di ruangan komen pula, netizen ramai yang terhibur melihat cara palancong ini makan kek lapis. Baca komen netizen di sini:

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok veggiesontour

Teruja dan tak sabar nak makan kek lapis jadi punca makan kek lapis Sarawak macam makan sandwich

Menurut pelancong berkenaan, mereka tahu bahawa mereka perlu memotong kek lapis tersebut terlebih dahulu sebelum menikmatinya, namun pada waktu tersebut, mereka terlalu teruja dan tidak sabar untuk merasai kek tersebut.

Apapun, semoga selamat bercuti di Sarawak dan jangan lupa cuba makanan tradisional enak yang lain pula di sini!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: