“MAKAN UBAT SELEPAS MAKAN.”
Okay.
Tapi “selepas makan” tu sebenarnya…
5 minit?
30 minit?
Satu jam?
Jawapan yang ramai tak jangka:
tak ada satu nombor yang betul untuk semua ubat.
Hubungan ubat dengan makanan memang berbeza-beza.
Ada ubat yang perlu diambil bersama atau selepas makanan.
Ada yang perlu diambil ketika perut kosong.
Ada yang perlu dijarakkan daripada makanan atau minuman tertentu.
Ada pula yang boleh diambil dengan atau tanpa makanan.
Sebab itu arahan seperti:
SEBELUM MAKAN
SELEPAS MAKAN
PERUT KOSONG
bukan sekadar tulisan standard pada sampul ubat.
Ia sebahagian daripada cara ubat itu perlu digunakan.
Jadi jangan cipta satu formula sendiri:
“Semua ubat selepas makan = tunggu 30 minit.”
Kalau tak pasti, tanya ahli farmasi untuk ubat itu secara spesifik.
“Lepas habis makan terus boleh?”
“Perlu makan bersama makanan?”
“Kalau saya skip breakfast macam mana?”
Soalan nampak kecil.
Tetapi jawapannya memang boleh berbeza antara satu ubat dengan ubat lain.
Tablet sama-sama putih pun cara makan belum tentu sama.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.





