Remaja lemas ditemukan meninggal dunia

1 Oct 2026 • 10:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Remaja lemas

KLANG: Seorang remaja disahkan lemas selepas mayatnya ditemui pada pukul 8.21 malam di tasik buatan dekat Bandar Botanik oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira satu meter di tasik berkenaan.

“Mangsa ditemui oleh pasukan PPDA dan bomba Bertugas lebih kurang satu meter kedalaman dari permukaan air dengan menggunakan teknik selaman pada jam 8.21 malam.

“Mangsa dibuat pengecaman oleh ibu bapanya sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk tindakan lanjut.

Terdahulu beliau menjelaskan, mangsa dikatakan mandi seorang diri sebelum cuba diselamatkan oleh rakannya.

Sebelum ini, seorang pelajar tingkatan tiga dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dikatakan mandi bersama enam rakannya yang lain di sebuah tasik berkenaan.

Ashrul Riezal memberitahu, pihaknya menggerakkan sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dan Shah Alam bersama sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah kenderaan utiliti operasi ringan (LOV). – UTUSAN

The post Remaja lemas ditemukan meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved